Penganjur & Kelayakan
- Peraduan 'Bersih Berseri' Sunlight - Cif 2014' ["Peraduan"] ini dianjurkan oleh UNILEVER (MALAYSIA) HOLDINGS SDN BHD (Co. No. 1532-V) ["Pihak Penganjur"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah pada 01 Mei 2014 ["Peserta"].
- Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
- Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
Tempoh
- Peraduan ini akan berlangsung mulai 01 Mei hingga 31 Mei 2014 ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan
- Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli sebarang produk Sunlight atau Cif (sila lihat ᤵal Pembelian?untuk senarai produk-produk yang mengambil bahagian).
Jadual Pembelian
- Cif Cream (Lemon) 250ml
- Cif Cream (Lemon/ Original) 500ml
- Cif Spray (Kitchen/ Bathroom/ Glass) 500ml
- Sunlight (Lime/ Lemon) 500ml
- Sunlight (Lime/ Lemon) 700ml
- Sunlight (Lime/ Lemon/ Cucumber/ Green Tea) 1000ml
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mestilah disertakan dengan resit asal pembelian (dari pasaraya Giant yang bernilai lebih dari RM10) Sunlight dan/atau Cif yang sah (sila lihat Jadual Pembelian. SATU (1) resit pembelian yang sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja.
- Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap resit pembelian adalah resit yang asal dari pasaraya Giant.
- Resit pembelian yang dicetak semula tidak diterima.
- Resit pembelian yang layak hanya dari tarikh 01 Mei hingga 31 Mei 2014 sahaja.
- Peserta boleh menyertai Peraduan ini seperti yang diterangkan di bawah:
- Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan borang peraduan dengan lengkap dan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
- Borang Peraduan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA.
- Penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.
- Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
- Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- Setiap penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan tulisan kreatif bertemakan 'Bersih Berseri bersama Sunlight & Cif' bersertakan resit asal pembelian (minima RM10) produk Sunlight dan/atau Cif yang sah akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
- Pemenang akan dipilih dari jawapan yang betul (sila rujuk gambarajah A di borang penyertaan) dan
- Tulisan paling kreatif bertemakan 'Bersih Berseri bersama Sunlight & Cif'
- Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah utama di sepanjang Tempoh Peraduan.
Hadiah-Hadiah
- Hadiah Peraduan x 7 pemenang
- Krew Pembersih rumah
- Ketuhar Gelombang Mikro (bernilai sehingga RM469)
- Hamper Sunlight & Cif bernilai RM50
- Hadiah-hadiah ini diberikan atas dasar 尥rti adanya? Pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan cetakan yang lain.
- Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk hadiah-hadiah daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
- Sekiranya Pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang berusia 18 tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh ibu bapa / penjaga.
Kriteria Pengadilan
- Keputusan Pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.
Notis Pemenang
- Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas dan/atau telefon. Kesemua hadiah mestilah dituntut di dalam tempoh 2 bulan dari tempoh notis. Tuntutan hadiah tidak sah dan akan ditarik balik jika pemenang gagal menuntut hadiah di dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang.
- Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web SunlightCif.epromoasia.com atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh Pihak Penganjur pada tempoh 60 hari selepas tarikh peraduan. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi Pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
- Pihak penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.
Hak Pihak Penanjur
- Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
- Pihak penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.
- Pihak penganjur berhak untuk menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.
- Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanngungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau penggunaan hadiah/hadiah dan bersetuju melepaskan untuk melepaskan Pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.
Publisiti
- Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan
- Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Peraduan ini yang dinyatakan pada SunlightCif.epromoasia.com atau sebaliknya adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini
- Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung di SunlightCif.epromoasia.com akan diguna pakai.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.
Perubahan kepada Terma & Syarat
- Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.
Penggantungan
- Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.
Perlindungan Data
Sila baca dan fahamkan Dasar Privasi Unilever yang boleh didapati di laman web berikut: http://www.unilever.com.my/resource/privacypolicy/privacy.aspx (tersedia dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia, 2010, dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca di atas Dasar Privasi Unilever dan anda dengan ini memberi kebenaran kepada Penganjur, sekutu-sekutunya dan ejen yang diberi kuasa untuk menggunakan maklumat peribadi anda termasuk nama, gambar dan / atau imej untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan / atau publisiti, berkaitan dengan peraduan ini, di mana-mana dan semua jenis media tanpa apa-apa pampasan atau pembayaran kepada anda atau mana-mana pemberitahuan atau kelulusan selanjutnya tambahan diperolehi daripada anda .
Sekiranya anda ingin menarik balik kebenaran anda, mengemaskini atau mendapatkan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda atau mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi Unilever, sila tulis kepada: Pegawai Perlindungan Data, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Aras 33-35 , Menara TM, Jalan Pantai Baru, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya anda memilih untuk menarik balik kebenaran anda semasa atau selepas Pertandingan / Peraduan Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan anda.
Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta yang selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.
|